I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 18, 2012

tanda-tanda LELAKI curang... :(



Majoriti remaja zaman kini dah berpasangan kan ? tapi yang menjadi masalah adalah jejaka yang curang . Jadi buat si dara diluar sana , apa kata cuba perhatikan beberapa tanda-tanda dibawah yang mungkin ada pada pasangan anda ? Jika ada ? berhati-hati dan cuba mengawalnya .

Suka main Sms – Biasanya bila sedang berdating atau berdua , pasti si dia akan sibuk memegang telefon dan berSMS , Bila ditanya pasti akan dijawab itu kawan atau keluarga tetapi sebenarnya sedang merahsiakan sesuatu dari kita.



Menyembunyikan perhubungan cinta dari pengetahuan umum – Biasanya lebih suka kita merahsiakan bila mula bercinta dan bila kita berjumpa dari sesiapa kerana takut rahsianya terbongkar.jika difacebook pula lebih suka untuk tidak meletakkan status in relationship bersama anda dan lebih suka in relationship dengan facebooknya yang lagi satu atau rakan lelakinya.

Sentiasa sibuk -Bila diajak keluar pasti akan diberi pelbagai alasan untuk mengelak dari keluar bersama anda dan bila bercerita bab berkahwin atau nak bawa jumpa keluarga , pasti menggelabah macam kucing nak beranak.

Jarang membalas mesej – Bila dihantar mesej kepada pasangan , mesti lambat balas dan alasan yang diberi sentiasa sama , sibuk dengan kerjaya dan tugasan yang ada tapi sebenarnya sedang sibuk menyulam cinta bersama yang lain.

5 sEbAb pErEmPuaN CaRi lAIN.. :)




Kadang-kadang orang selalu cakap , perempuan ni bila dapat yang baru , yang lama dilupakan begitu saja tapi pernah tak kaum lelaki berfikir kenapa kaum perempuan selalu cari lain ? Haaa nak tahu ke kaum lelaki semua ?? sebenarnya adalah beberapa faktor yang buat perempuan ni cari lain , antaranya :-
1) Selekeh :


Sesetengah lelaki sekarang jenis yang suka tangkap muat saja.Tak kisah apa yang dipakai , apa fikiran orang tentang pemakaian dia .Jenis yang tak kisah .Betul kalau dah sayang terima saja pasangan tanpa komen tapi kalau dah keluar dating pakai selipar cap jepun , alamatnya semua gelak lah .
2) Kedekut @ berkira :
Haa yang ini pun menjadi salah satu sebab kenapa perempuan cari lain .Dalam membina hubungan adatlah berkongsi duit .Ini tidak semuanya berkira , dari duit makan , isi minyak atau duit parking, semuanya nak pinjam duit pasangan , kononnya hujung bulan bayar tapi hanya dibibir saja tunainya tidak.Memang harus diakui hanya segelintir sahaja yang bersifat begini tapi yang segelintir ini juga yang selalunya senang mendapat kekasih , Jadi macam mana ?
3) Ego :
Percaya atau tidak , majoriti perempuan lebih suka tunjuk cemburu pada pasangan tapi lelaki lebih suka biar dan akhirnya ego yang naik meninggi mengalahkan Gunung Everest . Bila dah ego tinggi , macam-macam lah kata-kata cacian , hinaan , tuduhan yang keluar dari mulut dan ada yang sampai memutuskan hubungan tanpa sebab dan dibiarkan pasangan begitu saja.Adakah itu dikatakan lelaki yang baik ? sebab itu perempuan jarang mendekati lelaki yang pada mula hubungan sudah menunjukkan ego.
4)  Tidak bertanggungjawab :
Sebenarnya istilah tanggungjawab ini besar maksudnya . Tanggungjawab pada keluarga , pada kerjaya , pada kawan-kawan dan paling penting pada TUHAN . Tanggungjawab itu bukan saja pada hubungan yang dibina tetapi pada pasangan yang tercinta .Jika benar sudah suka , rasanya sifat ini menjadi kebiasaaan dalam diri sang jejaka.
5) Lewat untuk temujanji :


Ini adalah sebab yang utama kenapa perempuan cari lain . Lelaki mesti lambat untuk temujanji.Kalau janji pukul 12.00 tengahari , pukul 1 baru sampai . Kalau sekali dua tak apalah tapi kalau dah hari – hari lambat , makin lama makin bosan juga.Agak-agaknya lah kan , lelaki ni awal bila first dating saja , yang lain-lain ?? hrmmm sama-samalah kita fikirkan.

KeNaPa lElAkI CuRang ???


lelaki curangKenapa Lelaki Curang? Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum lelaki walaupun ada juga kaum wanita yang curang. Tetapi kali ini penulis ingin bercerita mengenai kenapa lelaki curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu sebab-sebab lelaki berlaku curangBerikut adalah sebab kenapa lelaki sering curang dengan pasangannya:

1. Merasakan dirinya terlalu hensem.
Merasakan diri terlalu hensem dan over konfiden selalunya terjadi kepada lelaki. Dia merasakan dirinya terlalu hensem apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilan. Harus diingat bahawa muka hensem bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka hensem? Tidak mungkin berlaku jika lelaki itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada wanita yang tidak terlalu memilih lelaki kacak atau hensem untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada lelaki, janganlah terlalu merasakan diri terlalu hensem.

2. Terlalu ego dengan perasaannya.
Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang lelaki. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri seorang lelaki. Apa yang membezakan seseorang lelaki dengan lelaki lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari wanita lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.

3. Ramai wanita lain menyukainya.
Lelaki akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai wanita lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai wanita lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.


4. Belum bersedia untuk setia.
Ramai lelaki yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya lelaki yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya“belum bersedia untuk setia”.

5. Niat membalas dendam.
Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh wanita juga antara penyebab lelaki membalas dendam. Mereka merasakan wanita patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana wanita. Ada juga penyebab lain menjadikan lelaki berniat membalas dendam kepada wanita antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya kerana wanita lain menggoda ayahnya. Lelaki itu terus menjadi pembenci kepada semua wanita kecuali ibunya sahaja.