I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 18, 2012

tanda-tanda LELAKI curang... :(



Majoriti remaja zaman kini dah berpasangan kan ? tapi yang menjadi masalah adalah jejaka yang curang . Jadi buat si dara diluar sana , apa kata cuba perhatikan beberapa tanda-tanda dibawah yang mungkin ada pada pasangan anda ? Jika ada ? berhati-hati dan cuba mengawalnya .

Suka main Sms – Biasanya bila sedang berdating atau berdua , pasti si dia akan sibuk memegang telefon dan berSMS , Bila ditanya pasti akan dijawab itu kawan atau keluarga tetapi sebenarnya sedang merahsiakan sesuatu dari kita.



Menyembunyikan perhubungan cinta dari pengetahuan umum – Biasanya lebih suka kita merahsiakan bila mula bercinta dan bila kita berjumpa dari sesiapa kerana takut rahsianya terbongkar.jika difacebook pula lebih suka untuk tidak meletakkan status in relationship bersama anda dan lebih suka in relationship dengan facebooknya yang lagi satu atau rakan lelakinya.

Sentiasa sibuk -Bila diajak keluar pasti akan diberi pelbagai alasan untuk mengelak dari keluar bersama anda dan bila bercerita bab berkahwin atau nak bawa jumpa keluarga , pasti menggelabah macam kucing nak beranak.

Jarang membalas mesej – Bila dihantar mesej kepada pasangan , mesti lambat balas dan alasan yang diberi sentiasa sama , sibuk dengan kerjaya dan tugasan yang ada tapi sebenarnya sedang sibuk menyulam cinta bersama yang lain.

No comments:

Post a Comment